Rebana Perak ~ gunung panjang

Rebana Perak ~ gunung panjang
Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah setelah lama merancang akhirnya dapat juga di"blog"kan cerita cerita Rebana di Kampung Gunung Panjang,Gopeng untuk informasi sahabat sahabat sekallian..Bukan untuk menunjuk nunjuk,sekadar berkongsi cerita,pendapat,informasi untuk pengunjung..Akan ada juga informasi berguna yang untuk semua..In Sya Allah..Saya sendiri adalah generasi ketiga didalam aliran Rebana di Kampung Gunung Panjang.Bermula dari seawal tahun 1978 yang diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Yahya b.Hassan... Bagi Generasi kedua pula sekitar tahun 1980an yang diterajui oleh Allahyarham Pak Uteh yang mana lahirnya generasi kedua Rebana di Kg.Gunung Panjang.... Generasi ketiga sekitar 1989 yang diterajui oleh Allahyarham Ayong,Allahyarham Mat Zain dan Pak ali(mereka ni dari Generasi kedua Rebana) yang mana kami belajar di Dewan Orang Ramai Gunung Panjang Gopeng..Teringat lagi masa tu,saya sanggup kayuh basikal malam hari dibantu oleh lampu suluh.punya lah semangat masa tu..Dek kerana keasyikan menepuk rebana! Pantang terdengar bunyi paluan Rebana dirumah kenduri,pasti saya cuba menyelit untuk belajar.Masa tu memang saya selalu dimarahi oleh orang yang lebih tua yang lain..hehehehe dan dari situlah bermulanya Generasi ketiga oleh kerana semngat yang ditunjukkan oleh saya dan sahabat sahabat yang lain..Generasi keempat sekitar tahun 1998 yang dihidupkan kembali oleh saya sendiri untuk menyegarkan kembali suasana dan adat budaya agar tidak hilang dari zaman moden. Semasa itu kami berlatih di Madrasah Lama Kg.Gunung Panjang. Ramai yang nak belajar masa tu tapi kekurangan Rebana untuk belajar..Sampaikan Rebana yang dah koyak pun depa hayun!!! Kemudiannya disambung pula oleh Abdul Halim,Faizal dan Kamil Pak Joned yang banyak membantu Generasi keempat semasa ketiadaan saya.. Generasi kelima bermula dari tahun 2013 hingga kini yang turut juga dibantu oleh Generasi ketiga iaitu saya sendiri,Abdul Halim(alim),Faizal(5zal),Along Din,Angah,Kamil Pak Joned dan lain lain..Mudah mudahan ilmu,adat dan budaya Rebana tidak hilang ditelan arus kemodenan..Begitulah serba sedikit sejarah Rebana di Kampung Gunung Panjang,Gopeng.. Diharapkan ianya terus segar.. EDITOR ~

Monday 18 August 2014

Mengarak Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempena Mesyuarat Perwakilan

Assalamualaikum wbt... Dah lama tak update dengan taipan jari sendiri...
Semalam 17 Ogos 2014 kami Rebana Gunung Panjang berpeluang untuk mengiringi Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO bertempat di Dewan SMK Seri Kampar,Kampar,Perak...
Alhamdulillah syukur ke Hadrat Ilahi,Majlis berjalan dengan lancar dan baik.. Dan kami juga mendapat pengalaman baru khususnya buat muka muka baru didalam bidang Rebana dimana kami dapat bersatu bersama Kumpulan Rebana yang lain.. Maaf saya terlupa nama kumpulan meraka...
Berikut adalah serba sedikit gambar buat tatapan dan kenangan buat kami :

 Menyedak Rebana
 Kawalan Keselamatan oleh PDRM Kampar
 Alhamdulillah,ramai yang dapat hadir semalam

 Bude(baju batman) bakal bergelar Pengantin September ni!!


 Kumpulan Rebana yang sudi join venture bersama..

 Lama tak tengok wanita bermain Rebana
 Dahsyat pakcik ni..

 Dato' Rahman

 Wanita Dan Puteri UMNO

 Ketua Pemuda Kampar

 Bersama dengan Dato' Radhi Manan




 Ketibaan Dato' Seri Dr. AhmadZahid Hamidi
















Bergambar kenang kenangan bersama

No comments:

Post a Comment