[BONGKAR] Sejarah Yang Digelapkan: Jack Sparrow Adalah Muslim
Dalam filem Pirates of
the Carribean, watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp digambarkan
sebagai seorang yang berseloroh, acuh tidak acuh dan licik. Lakonan
cemerlang Johnny Depp menenggelamkan watak utama yang lain terutamanya
watak Will Turner lakonan Orlando Bloom yang lebih macho dan serius.
Disebabkan penonton turut sama menyukai watak Jack Sparrow lakonan
Johnny Depp, ia kemudiannya diangkat menjadi watak utama untuk siri-siri
seterusnya.
Namun, dalam meminati
watak Jack Sparrow, ramai yang tidak menyedari bahawa watak Jack Sparrow
diilhamkan daripada watak seorang lanun terkenal yang pernah hidup
sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Tambah menarik, watak tersebut adalah
seorang lanun yang bernama Yusuf Reis yang beragama Islam.
Yusuf Reis dilahirkan
sebagai Jack Ward, gelarannya Jack Birdy (lebih dikenali sebagai Jack
Sparrow) pada tahun 1553 di Feversham, Kent di tenggara England.
Kehidupan awal Jack bermula sebagai seorang nelayan memandangkan kampung
halamannya terletak berhampiran dengan laut. Kelebihan tersebut
menjadikan beliau seorang panglima laut berkaliber suatu hari nanti.
Pada tahun 1588 ketika
umurnya menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England
sebagai Privateer. Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh
kerajaan England berdasarkan letter of marque untuk menyerang
kapal-kapal musuh terutama kapal armada Sepanyol. Sokongan sepenuhnya
daripada Queen Elizebeth I memberikan semangat luar biasa kepada beliau.
Karier beliau sebagai privateer berlangsung dengan cemerlang
sehinggalah pada awal tahun 1600-an.
Walaubagaimanapun,
sekitar tahun 1603, King James I menaiki takhta. Kegiatan Jack Ward yang
selama ini disokong oleh Kerajaan England tiba-tiba terhenti selepas
King James I memeterai perjanjian perdamaian dengan Kerajaan Sepanyol.
Akibatnya, ramai
privateer memberontak dan menjadi lanun yang bertindak merampas kekayaan
kapal-kapal dagang Sepanyol. Namun begitu, Jack Ward tidak terus
menjadi lanun tetapi mencari rezeki menjadi nelayan.
Jack Ward mula menjadi
lanun pada tahun 1603 apabila Jack dan 30 orang rakannya merampas kapal
kecil di Perlabuhan Portsmouth. Jack kemudian sebulat suara dipilih
menjadi kapten kapal yang mana ia kemudiannya tercatat sebagai antara
‘pilihanraya’ pertama di kalangan para lanun.
Berbekal kapal kecil
tersebut, Jack dan 30 orang rakannya melanun sekitar tanah Britain.
Hasil pertama Jack adalah sebuah kapal yang dikenali ‘Violet’ yang
membawa harta pelarian penganut Kristian Katholik ke Isle of Wight.
Dengan kapal tersebut,
Jack kemudian berjaya merampas kapal yang lebih besar di Laut
Mediterranean. Kapal yang lengkap dengan tiga puluh dua meriam kemudian
dikenali The Gift. The Gift kemudiannya digunakan oleh Jack Ward untuk
melanun kapal kargo selama lebih dua tahun.
Pada Ogos 1606, Jack
Ward telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan pemerintah Tunisia
ketika itu, Sultan Uthman Dey untuk menjadikan perlabuhan Tunisia
sebagai pengkalan operasi. Melihat kepada kepentingan ummah dan
kecenderongan Jack Ward kepada Islam, Sultan Uthman Dey bersetuju.
Di tapak operasi baru
tersebut, Jack Ward dengan bantuan beberapa panglima yang berkaliber
seperti Richard Bishop dan Francis Varney daripada England, Kara Osman
daripada Turki Uthmaniyyah, Simon Dangizer(Simon Reis) dan Jan
Jansz(Murat Reis) daripada Belanda berjaya menghapuskan kekuatan
Sepanyol dan Perancis di Laut Mediterranean.
Sebuah kapal yang
terkenal besarnya dikenali dengan nama Reneira e Sodeira berjaya
dirampas. Kapal tersebut serta merta ditukar menjadi kapal perang oleh
Jack Ward. Malangnya, kapal ini karam pada tahun 1605 di sekitar laut di
Greece sehingga memakan korban lebih 400 orang krew. 250 orang krew
adalah muslim Tunisia dan 150 adalah warga Inggeris.
Berita ini mengundang
kemurkaan Uthman Dey dan rakyat Tunisia turut sama marah kepada Jack
Ward. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk mendapat pengampunan
daripada King James I. Walaubagaimanapun ia tidak berjaya malahan beliau
telah diburu untuk dihukum.
Akhirnya beliau cuba
memohon ampun kepada Uthman Dey. Kerana berpegang kepada prinsip amanah
kepada perjanjian, Uthman Dey memberi pengampunan dan seterusnya suaka
politik kepada beliau.
Kemurahan hati Uthman
Dey menarik minat Jack Ward untuk mendalami Islam secara mendalam. Tidak
lama selepas itu, Jack Ward secara rasminya menganut Islam. Daripada
detik itu juga, Jack Ward yang selama ini turut digelar Jack Birdy atau
Jack Sparrow telah memeluk Islam dan diikuti oleh krew-krew kapalnya
yang setia. Sepertimana Simon Dangizer yang menukar namanya kepada Simon
Reis dan Jan Jansz kepada Murat Reis, Jack Ward turut menukarkan nama
Kristiannya kepada Yusuf Reis. Jack Ward atau Yusuf Reis kemudian
bernikah dengan seorang gadis berasal daripada Sicily, Italy yang
bernama Jessimina.
Pada 1622, seorang
dramatis bernama Robert Daborne mendapat inspirasi daripada kehidupan
Jack Ward atau Yusuf Reis yang mana beliau kemudiannya menghasilkan
novel bertajuk ‘A Christian Turned Turk’.
Dahulunya, beliau
seorang kapten lanun yang licik serta sering mabuk arak. Selepas
menganut Islam, beliau lebih berdisiplin dan menggunakan kemahiran
lautnya untuk berjihad menyelamatkan tanah masyarakat Muslim daripada
terus diancam bahaya armada Sepanyol. Beliau turut direkodkan
menyelamatkan ribuan masyarakat Muslim dan Yahudi Andalusia yang
ditindas oleh kerajaan Kristian Katholik Sepanyol. Miskipun berdarah
Inggeris, beliau tidak kekok untuk berpakaian sepertimana orang Turki
berpakaian.
Beliau dalam satu rekod
dinyatakan sebagai seorang yang tidak tinggi, rambut tidak lebat dengan
uban serta botak di depan, wajah agak gelap dan berjanggut. Beliau turut
memakai turban yang senonim dengan masyarakat Islam ketika itu. Beliau
agak kecoh dan kadangkala agak melucukan. Peribadi dan tingkah laku ini
kemudiannya melahirkan watak Jack Sparrow di dalam filem Pirates of the
Carribean.
Pada 1622, Yusuf Reis
atau Jack Ward kembali ke rahmatullah selepas menderita terkena tempias
wabak penyakit. Beliau meninggal dunia dalam beragama Islam tidak
sepertimana rakan akrabnya, Francis Varney yang murtad di akhir
hayatnya.
Watak Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean
Sudah namapun
mengadaptasi watak sebenar kepada watak dalam filem. Beberapa elemen
telah diterapkan dalam pemakaian dan aksesori yang dipakai oleh Jack
Sparrow lakonan Johnny Depp. Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean
dilihat memakai aksesori bulan dan bintang (simbol Islam), kain lilit
kepala berwarna merah(menggantikan serban merah ala Turki Uthmaniyyah)
dan janggut (Johnny Depp melilit janggut supaya kelihatan ranggi).
#Ada juga teori yang
mengatakan Jack Sparrow sebagai seorang Melayu malah ada yang
berpendapat beliau adalah Panglima Awang Hitam, manusia pertama
mengelilingi dunia serta membuktikan bumi itu bulat. Wallahualam. ^^
__________________________________________________________________
1- Pirates of Barbary, Corsairs, Conquests and Captivity in the Seventeenth-Century Mediterranean, Adrian Tinniswood, p 482- Ibid, pp. 51-52.
3- Ibid, p. 52.
4- Born 1582, Lanark, South Lanarkshire, Scotland; Died 1645, Location disputed.
5- The vast majority of English men and women had no knowledge of Islam. There were no mosques in England. There was no English-language version of the Qur’an—nor would there be until the 1649 publication of Alexander Ross’s poor English translation of a poor French translation from Arabic, The Alcoran of Mahomet. The word ‘Muslim’ was virtually unknown, English speakers preferring the generic ‘Turk’…To seventeenth-century England, every follower of Islam was a Turk, every Turk a follower of Islam. [Ibid, p. 50]
6- Frontispiece from William Lithgow, ‘The Totall Discourse of the Rare Adventures and Painefull Peregrinations of long Nineteene Years Travayles from Scotland’, London, 1632, National Library of Scotland.
7- Born 1553, Faversham, Kent; Died 1622, Tunis, Ottoman Empire.
8- Barbary Pirate: The Life and Crimes of John Ward, p. 199
9- Ibid. p. 175.
10- James I, A Proclomation against Pirats [sic], January 8, 1609.
11- The Totall Discourse of the Rare Adventures and painefull Peregrinations of long Nineteene Years Travayles from Scotland, p. 359.
12- Pirates of Barbary, Corsairs, Conquests and Captivity in the Seventeenth-Century Mediterranean, Adrian Tinniswood, p. 59.
13- Kilij – Ottoman sword.
14- Simon the Dancer, also known as Simon Danseker, was a companion of Captain Jack Birdy, and equally infamous. He would later turn on the Barbary Corsairs in favor of the royal families of Europe. His betrayal ended up in his doom at the hand of Uthman Dey’s son and heir, Yusuf Dey, who scolded him before a Janissary executed him. Pirates of Barbary, Corsairs,Conquests and Captivity in the Seventeenth-Century Mediterranean, Adrian Tinniswood, pp.64-65.
15-
Bibliotheca nautica: Books, prints and manuscripts relating to naval
battles and the science of naval warfare, shipbuilding and the art of
navigation, pirates, buccaneers, and privateers, shipwrecks and
disasters at sea, p. 54.
No comments:
Post a Comment