Rebana Perak ~ gunung panjang

Rebana Perak ~ gunung panjang
Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah setelah lama merancang akhirnya dapat juga di"blog"kan cerita cerita Rebana di Kampung Gunung Panjang,Gopeng untuk informasi sahabat sahabat sekallian..Bukan untuk menunjuk nunjuk,sekadar berkongsi cerita,pendapat,informasi untuk pengunjung..Akan ada juga informasi berguna yang untuk semua..In Sya Allah..Saya sendiri adalah generasi ketiga didalam aliran Rebana di Kampung Gunung Panjang.Bermula dari seawal tahun 1978 yang diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Yahya b.Hassan... Bagi Generasi kedua pula sekitar tahun 1980an yang diterajui oleh Allahyarham Pak Uteh yang mana lahirnya generasi kedua Rebana di Kg.Gunung Panjang.... Generasi ketiga sekitar 1989 yang diterajui oleh Allahyarham Ayong,Allahyarham Mat Zain dan Pak ali(mereka ni dari Generasi kedua Rebana) yang mana kami belajar di Dewan Orang Ramai Gunung Panjang Gopeng..Teringat lagi masa tu,saya sanggup kayuh basikal malam hari dibantu oleh lampu suluh.punya lah semangat masa tu..Dek kerana keasyikan menepuk rebana! Pantang terdengar bunyi paluan Rebana dirumah kenduri,pasti saya cuba menyelit untuk belajar.Masa tu memang saya selalu dimarahi oleh orang yang lebih tua yang lain..hehehehe dan dari situlah bermulanya Generasi ketiga oleh kerana semngat yang ditunjukkan oleh saya dan sahabat sahabat yang lain..Generasi keempat sekitar tahun 1998 yang dihidupkan kembali oleh saya sendiri untuk menyegarkan kembali suasana dan adat budaya agar tidak hilang dari zaman moden. Semasa itu kami berlatih di Madrasah Lama Kg.Gunung Panjang. Ramai yang nak belajar masa tu tapi kekurangan Rebana untuk belajar..Sampaikan Rebana yang dah koyak pun depa hayun!!! Kemudiannya disambung pula oleh Abdul Halim,Faizal dan Kamil Pak Joned yang banyak membantu Generasi keempat semasa ketiadaan saya.. Generasi kelima bermula dari tahun 2013 hingga kini yang turut juga dibantu oleh Generasi ketiga iaitu saya sendiri,Abdul Halim(alim),Faizal(5zal),Along Din,Angah,Kamil Pak Joned dan lain lain..Mudah mudahan ilmu,adat dan budaya Rebana tidak hilang ditelan arus kemodenan..Begitulah serba sedikit sejarah Rebana di Kampung Gunung Panjang,Gopeng.. Diharapkan ianya terus segar.. EDITOR ~

Sunday 29 June 2014

Felixia Yeap umum memeluk Islam 5 Ramadan ini..

Setelah hampir lima bulan mendalami agama Islam, bekas model Playboy Felixia Yeap secara rasmi mengumumkan hasratnya memeluk Islam pada 5 Ramadan, atau 3 Julai, yang akan datang.
Jelitawan berusia 28 tahun itu berkata tarikh tersebut dipilih kerana selain jatuh pada hari lahirnya, ia juga merupakan tarikh kegemaran Rasulullah.
"‎Saya akan memeluk agama Islam pada 5 Ramadan, pada Khamis ini. Saya memilih tarikh  hari jadi saya, hari kegemaran nabi, maka saya berharap ia menjadi hari paling bersejarah dan diingati dalam hidup saya," katanya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di Program Semarak Ramadan di Shah Alam, malam tadi.
‎Sebelum ini, Felixia mengejutkan orang ramai dengan keputusannya memakai tudung walaupun belum memeluk agama Islam.
Dalam pengakuannya secara eksklusif kepada The Malaysian Insider tahun lepas, beliau mengakui begitu tertarik dengan pemakaian berlandaskan ajaran Islam.
Anak kelahiran Ipoh selepas itu mengakui akan hasratnya memeluk Islam namun masih belum memutuskan waktu sesuai dan mahu mendalami terlebih dahulu ajaran agama.
Felixia ketika program malam tadi turut mengakui perubahan dirinya yang berhijab kini menyebabkan disisih oleh rakan-rakannya.
"Bezanya adalah kawan-kawan saya dulu kebanyakan lari menyisihkan saya. Mereka menyangka saya berhijab kerana ingin menjadi Melayu tetapi sebenarnya saya tertarik dengan Islam," katanya.
Bagaimanapun, katanya, keluarganya terutama ibunya begitu menyokong perubahan positif dirinya.
Tambahnya setelah hatinya terbuka mendalami Islam, beliau merasakan perubahan kerana meskipun ditimpa pelbagai dugaan, beliau yakin Allah akan melindunginya.
Bezanya adalah kawan-kawan saya dulu kebanyakan lari menyisihkan saya. Mereka menyangka saya berhijab kerana ingin menjadi Melayu tetapi sebenarnya saya tertarik dengan Islam. – Felixia Yeap, bekas model Playboy.
"Perbezaannya kini, saya tahu Allah berada di sisi dan saya berdoa untuk diberikan kekuatan, kelapangan dan kesabaran menempuhi dugaan‎," katanya.
Namun jelitawan itu enggan mendedahkan tempat yang dipilih untuk beliau melafazkan kalimah syahadah.
"Saya tidak boleh dedahkan tempat itu kerana ia peribadi. Nama Islam saya juga akan umumkan kemudian," katanya kepada The Malaysian Insider.
Mengakui begitu teruja kerana pertama kali berpeluang merasai pengalaman berpuasa, Felixia berkata dia sudah bersedia menempuhi cabaran selama 30 hari itu.
"Teruja pada masa yang sama berdebar-debar. Saya berharap mampu untuk berpuasa penuh," katanya, sambil menyifatkan ia sebuah cabaran kerana mengalami sakit gastrik, tetapi "saya belajar bagaimana untuk mengatasi hal itu".
Seperti umat Islam lain, Felixia berkata beliau sudah membeli buah kurma sebagai persediaan puasa.
"Saya sudah bersedia, cuma terdapat perkara seperti penyediaan makanan untuk bersahur dan juadah berbuka yang perlu saya uruskan kerana saya tinggal seorang," katanya.
Pada acara tersebut, Felixia turut diusik dengan soalan nakal seperti ciri-ciri lelaki idamannya untuk dijadikan bakal suami.
‎Felixia berkata, beliau mencari seorang lelaki beriman yang dapat membimbingnya ke syurga.
"Ciri suami saya kini perlulah beriman, yang dapat membimbing sehingga ke syurga, yang sayang saya dan Allah.
"Kerana lepas masuk Islam, saya adalah mualaf, saya perlu bimbingan maka saya perlu teman hidup yang benar kuat dalam membantu saya," katanya. – 28 Jun, 2014.

Thursday 19 June 2014

BERITA PALSU NAGA PUTIH DI JOHOR

Berita palsu gambar naga putih ditemui di Apartment Tanjung Puteri Johor Bahru (JB) tersebar. Menerusi laman sosial, kecoh dengan foto penemuan objek yang berbentuk seperti naga air dalam mitos China yang ditemui di Apartment Tanjung Puteri. Untuk pengetahuan, foto naga putih yang tersebar itu diambil daripada Laman Sosial China iaitu Weibo. Menerusi laman sosial itu, salah seorang pengguna laman sosial berkenaan turut menjelaskan bahawa penemuan naga putih yang kononnya ditemui di Thailand adalah palsu dan tidak benar sama sekali.
jb
Berita Palsu Gambar Naga Putih Di Johor Bahru Tersebar
Gambar naga putih yang tersebar diambil dari laman sosial China iaitu Weibo.
weibo-palsu
weibo-1
china 2 china

Sumber: Berita Palsu Gambar Naga Putih Di Johor Bahru Tersebar | melvister.com

Sunday 15 June 2014

Sekitar Majlis Naik Buai Cucu Ketua Kampung 13 Jun 2014









Sekitar Majlis Kenduri Kahwin di Kampung Gunung Panjang,Gopeng,Perak

Perbincangan sebelum bermula

Logo Kumpulan Rebana Gunung Panjang

Rumah kami bertanggak sambil menjemur Rebana (Rumah Tok Ketua Kampung)



Lagu Pengantin Baru



Tok Ketua pun join main Rebana

"Stage Bouncers" mengawal keadaan sekeliling(bersandar)..hahaha

Selamat Pengantin Baru!

Raja Sehari


Hayun jangan tak hayun!!

Dok ralit tengaok orang main Rebana



Semua control hensem..hahaha


Bro DJ@MC

Tok Ketua Kampung Gunung Panjang,Gopeng,Perak

Diantara Generasi Ketiga Rebana

Dari kanan: 5zal , Janggut , Alim

Generasi ketiga dan keempat

Dari kiri : Karim Joned, Wakli , Kamil Joned dan adik depa

En.Hassan Basi(Ketua Kampung) Pojie, Sam, Karim

Zerin dan Hakim

Dari kiri: Ajiz, Piee, Bude

Angah & Ajiz@Mok

Alim~ Generasi ketiga Rebana (tukang kacau)



Piee

Janggut ~ Peningkah

5zal@Faizal ~ Penyelang

Angah (cameraman) & Piee

Gambar dolu dolu 31/10/1993 kenduri kahwin Noorisham Zainol@chek

Gambar kenangan zaman rebana dulu dulu.tahun 1993
TQ Paklong sebab dpt jumpa gambar ni..hahaha