Kesan Zikir terhadap otak kita
Otak hanyalah
aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang
dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi
membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang
membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang
lain.Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita
peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak
terbatas.
Oleh itu, apabila
seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah, seperti
Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini
menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf
otak tersebut.
Apabila zikir
disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif
dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf
yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut
sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula
memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan
semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan
cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan
dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap
subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran
Disember 1993.
Satu kajian yang
dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian
imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak
sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan
benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu
dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza
otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan
otak dan korteks.
Menariknya, apabila
sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang
kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan
kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada
mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus
membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti
perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah
kemampuannya. Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat
menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya
dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang ringan
kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
No comments:
Post a Comment