Rebana Perak ~ gunung panjang

Rebana Perak ~ gunung panjang
Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah setelah lama merancang akhirnya dapat juga di"blog"kan cerita cerita Rebana di Kampung Gunung Panjang,Gopeng untuk informasi sahabat sahabat sekallian..Bukan untuk menunjuk nunjuk,sekadar berkongsi cerita,pendapat,informasi untuk pengunjung..Akan ada juga informasi berguna yang untuk semua..In Sya Allah..Saya sendiri adalah generasi ketiga didalam aliran Rebana di Kampung Gunung Panjang.Bermula dari seawal tahun 1978 yang diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Yahya b.Hassan... Bagi Generasi kedua pula sekitar tahun 1980an yang diterajui oleh Allahyarham Pak Uteh yang mana lahirnya generasi kedua Rebana di Kg.Gunung Panjang.... Generasi ketiga sekitar 1989 yang diterajui oleh Allahyarham Ayong,Allahyarham Mat Zain dan Pak ali(mereka ni dari Generasi kedua Rebana) yang mana kami belajar di Dewan Orang Ramai Gunung Panjang Gopeng..Teringat lagi masa tu,saya sanggup kayuh basikal malam hari dibantu oleh lampu suluh.punya lah semangat masa tu..Dek kerana keasyikan menepuk rebana! Pantang terdengar bunyi paluan Rebana dirumah kenduri,pasti saya cuba menyelit untuk belajar.Masa tu memang saya selalu dimarahi oleh orang yang lebih tua yang lain..hehehehe dan dari situlah bermulanya Generasi ketiga oleh kerana semngat yang ditunjukkan oleh saya dan sahabat sahabat yang lain..Generasi keempat sekitar tahun 1998 yang dihidupkan kembali oleh saya sendiri untuk menyegarkan kembali suasana dan adat budaya agar tidak hilang dari zaman moden. Semasa itu kami berlatih di Madrasah Lama Kg.Gunung Panjang. Ramai yang nak belajar masa tu tapi kekurangan Rebana untuk belajar..Sampaikan Rebana yang dah koyak pun depa hayun!!! Kemudiannya disambung pula oleh Abdul Halim,Faizal dan Kamil Pak Joned yang banyak membantu Generasi keempat semasa ketiadaan saya.. Generasi kelima bermula dari tahun 2013 hingga kini yang turut juga dibantu oleh Generasi ketiga iaitu saya sendiri,Abdul Halim(alim),Faizal(5zal),Along Din,Angah,Kamil Pak Joned dan lain lain..Mudah mudahan ilmu,adat dan budaya Rebana tidak hilang ditelan arus kemodenan..Begitulah serba sedikit sejarah Rebana di Kampung Gunung Panjang,Gopeng.. Diharapkan ianya terus segar.. EDITOR ~

Sunday, 8 June 2014

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur

Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam 'alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Kedokteran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. - 

No comments:

Post a Comment