Rebana Perak ~ gunung panjang

Rebana Perak ~ gunung panjang
Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah setelah lama merancang akhirnya dapat juga di"blog"kan cerita cerita Rebana di Kampung Gunung Panjang,Gopeng untuk informasi sahabat sahabat sekallian..Bukan untuk menunjuk nunjuk,sekadar berkongsi cerita,pendapat,informasi untuk pengunjung..Akan ada juga informasi berguna yang untuk semua..In Sya Allah..Saya sendiri adalah generasi ketiga didalam aliran Rebana di Kampung Gunung Panjang.Bermula dari seawal tahun 1978 yang diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Yahya b.Hassan... Bagi Generasi kedua pula sekitar tahun 1980an yang diterajui oleh Allahyarham Pak Uteh yang mana lahirnya generasi kedua Rebana di Kg.Gunung Panjang.... Generasi ketiga sekitar 1989 yang diterajui oleh Allahyarham Ayong,Allahyarham Mat Zain dan Pak ali(mereka ni dari Generasi kedua Rebana) yang mana kami belajar di Dewan Orang Ramai Gunung Panjang Gopeng..Teringat lagi masa tu,saya sanggup kayuh basikal malam hari dibantu oleh lampu suluh.punya lah semangat masa tu..Dek kerana keasyikan menepuk rebana! Pantang terdengar bunyi paluan Rebana dirumah kenduri,pasti saya cuba menyelit untuk belajar.Masa tu memang saya selalu dimarahi oleh orang yang lebih tua yang lain..hehehehe dan dari situlah bermulanya Generasi ketiga oleh kerana semngat yang ditunjukkan oleh saya dan sahabat sahabat yang lain..Generasi keempat sekitar tahun 1998 yang dihidupkan kembali oleh saya sendiri untuk menyegarkan kembali suasana dan adat budaya agar tidak hilang dari zaman moden. Semasa itu kami berlatih di Madrasah Lama Kg.Gunung Panjang. Ramai yang nak belajar masa tu tapi kekurangan Rebana untuk belajar..Sampaikan Rebana yang dah koyak pun depa hayun!!! Kemudiannya disambung pula oleh Abdul Halim,Faizal dan Kamil Pak Joned yang banyak membantu Generasi keempat semasa ketiadaan saya.. Generasi kelima bermula dari tahun 2013 hingga kini yang turut juga dibantu oleh Generasi ketiga iaitu saya sendiri,Abdul Halim(alim),Faizal(5zal),Along Din,Angah,Kamil Pak Joned dan lain lain..Mudah mudahan ilmu,adat dan budaya Rebana tidak hilang ditelan arus kemodenan..Begitulah serba sedikit sejarah Rebana di Kampung Gunung Panjang,Gopeng.. Diharapkan ianya terus segar.. EDITOR ~

Friday 13 June 2014

Wirid Selepas Solat fardhu

Wirid Selepas Solat fardhu 

Kitab Bidayatul Hidayah m/s 55



Setelah selesai solat, ucapkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, istighfar 3x dan baca bacaan berikut:

1.
Maknanya: 
Ya ALLAH, Engkaulah tuhan kesejahteraan. Daripada-Mu datang kesejahteraan, dan kepada-Mu kembali kesejahteraan. Oleh sebab itu hidupkanlah kami dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami ke dalam syurga darus-salam (kampung kesejahteraan). Maha berkat Engkau ya tuhan kami yang mempunyai keagungan dan kemuliaan.
2. Ayatul Kursi:
Maknanya: 
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
3. Zikir yang diajar oleh Nabi SAW kepada Muadz bin Jabal:
4. Zikir:
 33x
 33x
 33x
5. Baca:
KHAS untuk solat Subuh dan Maghrib:
  • Selepas memberi salam dan masih dalam keadaan duduk tawarruk (duduk tahiyyat akhir), baca (bacaan 5 seperti di atas) sebanyak 10 kali. Imam Nawawi menulis di dalam kitab Al-Azkar, "Barangsiapa yang membaca ayat (5) sepuluh kali selepas Subuh dan Maghrib, sebelum mengubah posisi duduknya akan diganjar Allah SWT dengan sepuluh ganjaran, akan ditolak daripadanya 10 bala dan bencana, akan diangkat sebanyak 10 darjat, dan tiada apa-apa yang menimpa keatasnya daripada perkara yang buruk kecuali kematian".
  • Baca sebanyak 7x (boleh ubah kedudukan kaki)
Maknanya:  
Ya Allah, lindungi kami dari api neraka.
  • Sambung seperti wirid di atas.
6. Doa selepas solat. Contohnya dari doaharian.blogspot.com

Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment